Exchange Link

Hi... sudilah kiranya B2B or ex-B2B or sape2 jek bertukar2 link dengan Emil. walaupun blog nie biase-biase aje, malunyer... hehe. Boleh sama-sama berkongsi idea, cerita n sebagainya ;) Meleraikan kekusutan, selain dapat merapatkan ukhuwah. Salam perkenalan!

Tuesday 29 May 2012

My Engagement Day


Sabtu, 15 Mei - Telah berlangsung majlis pertunangan antara Emil dan Iz ;)  Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Cuma kelam kabut tu jangan cerita la... hehe. Majlis bermula jam 3pm. Tapi before tu dah ramai juga yang datang, family+jiran2 terdekat. Serius, kepala mmg dh blur tak tahu nak pk mana satu sebab yang pasti kepala dah kosong. hehe teruknya ;( Tmbh plak jd anak sulung. Ish, mmg peningla. Baru tunang, blm kahwin lg. So kahwin nnt mesti lantik PA awal2, assistant ramai2. Lega blh goyang kaki, goyang kepala. Cit, jangan mimpi ler. huhu...


MUA:
Pada hari kejadian, MUA call kate jam 12pm dia sampai umah. Masa tu Emil tgh kelam kabut menyiapkan hantaran. Nampak tak sangat last minit ;) hehe. Sepantas kilat mandi, siap2. Kuar je bilik, tahu2 MUA dah muncul depan mata. Aduhai... Macam lumba lari lak penat giler rasa. Pastu dia soh tukar baju tunang terus. Hmm, yang tak syoknye dia make up cam sangatlah kejar waktu. Asyik ada orang call + mesej. Aduhai. Tu semua sebab banyak job kat tempat lain pada hari yang sama. Ohoho, tula yang sedey sket. Maka wujudlah kes tak syok pertama. Urm, tak bestla bila terkejar sana terkejar sini kan... Pastu mata Emil ni agak sensitif. So bila ditonyoh2 mata ni, maka akan mengalirla air mata dengan derasnya. So mata pun comfirmla jadi merahkan... Erm, seronok tak? Mestila tak berapa nak seronok sebab air mata mengalir jek. Jadi rimaskan. Itu kes tak syok ke-2. Yang jadi kes tak syok ke-3 pula, make up time tu agak tebal, padahal dah gitahu dah nak simple n natural  je. Ahaa, tp takpe Emil terima je sebab dia make up ok. Kes tak syok ke-4 ni plak merujuk kepada kes ke-2 td. Bila mata dah berair, maka jgn haraplah dia nak ok dalam sekelip mata. Memang takla. Eyeliner ditonyoh banyak kali di mata bermasalah mmg tak jadi apa. bulu mata palsu tu pun payah nak melekat. Kes tak syok ke-5. Kena pakai veil+aksesori kat tepi kepala tuh. hehe. Memang tak masuk dgn baju. Dah bagitahu tak nak pakai, tp tetap juga dipakaikan. Rasa cam nak nangis kuat2. Lalalala... Kesudahnya, Emil buka semula n pakai tudung bawal je. Mahu simple okeh!

BAJU:
Merujuk kepada post lepas ttg baju tunang. Kan dah tunjukkan baju tu ckt2. hehe... Ok, baju tu button mybutton yang buat. Semua Emil serahkan kat Sha ;) Simple je kan tp suka sangat. Baju tu color purple+grey. Bagi B2B yang dah kusut nak tempah baju kat mana, Buttonmybutton adalah salah satu tempat yang wajar untuk dihubungi... *wink*

Okeh, bab baju mmg takde masalah, kecuali masalah tudung bawal yang hilang. Tak masuk akal betulkan. Settle make up, cari tudung nak pakai boleh tak jumpa. Sedey gilerrr... Can nak nanges! Cittt. Lepas sehari majlis berlangsung, baju jumpa tudung tu. Hmm, nak wat camne ramai sangat tukang kemas. Hehe. Nasibla ada 2,3 jenis tudung yg kale lebih kurang. Tapi family kata tudung yang dipakai time majlis tu lagi sesuai daripada tudung bawal yang hilang itew, ye ke? hehe, nasib la.


HANTARAN:
Pergh, mmgla slumber. Last minit shopping barang2 hantaran sehari sebelum majlis. Memang edisi rempit shopping. Start nak buat hantaran tu plak mmgla stress. Dah la tak tidur, jadi tahap kebluran tu mmg tak dapat nak dibendung. Tp berkat kerjasama my BFF, Maz n mak usu, semuanya masih boleh dikawal. Nak tak nak kenala buat gakkan hantaran tuh. Huhu... Kerja2 siapkan barang hantaran tu mmg bermula sehari sebelum majlis. Gam situ gam sini. Kerja2 menggubah lak stat tgh malam hingga ke pagi hari kejadian. Tu tak letak lagi fresh flower. Haish, sudahnya cocok2 je mana yg mampu. Tak larat nak pk lagi. Tapi alhamdulillah siap juga, walaupun rasa cam nak nanges! hehe... Yang syoknya coklat taj mahal tok hantaran tu pun siap dkt kol2pm. Haha, semua nak buat sendiri hambek ko.

Okey, ini senarai barang hantaran Emil untuk pihak lelaki:
1) Sirih junjung
2) Kek
3) Singkok+aksesori
4) Coklat taj mahal
5) Kain sampin
6) Kain baju nikah + butang naju melayu
7) sejadah
8) Buah-buahan
9) Lengkong Kacang