Exchange Link

Hi... sudilah kiranya B2B or ex-B2B or sape2 jek bertukar2 link dengan Emil. walaupun blog nie biase-biase aje, malunyer... hehe. Boleh sama-sama berkongsi idea, cerita n sebagainya ;) Meleraikan kekusutan, selain dapat merapatkan ukhuwah. Salam perkenalan!

Thursday 31 May 2012

Door Gift

Door Gift... Serius tak tahu nak bagi ape untuk wedding nnt. Tolonglah idea, datanglah ;(

Tuesday 29 May 2012

My Engagement Day


Sabtu, 15 Mei - Telah berlangsung majlis pertunangan antara Emil dan Iz ;)  Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Cuma kelam kabut tu jangan cerita la... hehe. Majlis bermula jam 3pm. Tapi before tu dah ramai juga yang datang, family+jiran2 terdekat. Serius, kepala mmg dh blur tak tahu nak pk mana satu sebab yang pasti kepala dah kosong. hehe teruknya ;( Tmbh plak jd anak sulung. Ish, mmg peningla. Baru tunang, blm kahwin lg. So kahwin nnt mesti lantik PA awal2, assistant ramai2. Lega blh goyang kaki, goyang kepala. Cit, jangan mimpi ler. huhu...


MUA:
Pada hari kejadian, MUA call kate jam 12pm dia sampai umah. Masa tu Emil tgh kelam kabut menyiapkan hantaran. Nampak tak sangat last minit ;) hehe. Sepantas kilat mandi, siap2. Kuar je bilik, tahu2 MUA dah muncul depan mata. Aduhai... Macam lumba lari lak penat giler rasa. Pastu dia soh tukar baju tunang terus. Hmm, yang tak syoknye dia make up cam sangatlah kejar waktu. Asyik ada orang call + mesej. Aduhai. Tu semua sebab banyak job kat tempat lain pada hari yang sama. Ohoho, tula yang sedey sket. Maka wujudlah kes tak syok pertama. Urm, tak bestla bila terkejar sana terkejar sini kan... Pastu mata Emil ni agak sensitif. So bila ditonyoh2 mata ni, maka akan mengalirla air mata dengan derasnya. So mata pun comfirmla jadi merahkan... Erm, seronok tak? Mestila tak berapa nak seronok sebab air mata mengalir jek. Jadi rimaskan. Itu kes tak syok ke-2. Yang jadi kes tak syok ke-3 pula, make up time tu agak tebal, padahal dah gitahu dah nak simple n natural  je. Ahaa, tp takpe Emil terima je sebab dia make up ok. Kes tak syok ke-4 ni plak merujuk kepada kes ke-2 td. Bila mata dah berair, maka jgn haraplah dia nak ok dalam sekelip mata. Memang takla. Eyeliner ditonyoh banyak kali di mata bermasalah mmg tak jadi apa. bulu mata palsu tu pun payah nak melekat. Kes tak syok ke-5. Kena pakai veil+aksesori kat tepi kepala tuh. hehe. Memang tak masuk dgn baju. Dah bagitahu tak nak pakai, tp tetap juga dipakaikan. Rasa cam nak nangis kuat2. Lalalala... Kesudahnya, Emil buka semula n pakai tudung bawal je. Mahu simple okeh!

BAJU:
Merujuk kepada post lepas ttg baju tunang. Kan dah tunjukkan baju tu ckt2. hehe... Ok, baju tu button mybutton yang buat. Semua Emil serahkan kat Sha ;) Simple je kan tp suka sangat. Baju tu color purple+grey. Bagi B2B yang dah kusut nak tempah baju kat mana, Buttonmybutton adalah salah satu tempat yang wajar untuk dihubungi... *wink*

Okeh, bab baju mmg takde masalah, kecuali masalah tudung bawal yang hilang. Tak masuk akal betulkan. Settle make up, cari tudung nak pakai boleh tak jumpa. Sedey gilerrr... Can nak nanges! Cittt. Lepas sehari majlis berlangsung, baju jumpa tudung tu. Hmm, nak wat camne ramai sangat tukang kemas. Hehe. Nasibla ada 2,3 jenis tudung yg kale lebih kurang. Tapi family kata tudung yang dipakai time majlis tu lagi sesuai daripada tudung bawal yang hilang itew, ye ke? hehe, nasib la.


HANTARAN:
Pergh, mmgla slumber. Last minit shopping barang2 hantaran sehari sebelum majlis. Memang edisi rempit shopping. Start nak buat hantaran tu plak mmgla stress. Dah la tak tidur, jadi tahap kebluran tu mmg tak dapat nak dibendung. Tp berkat kerjasama my BFF, Maz n mak usu, semuanya masih boleh dikawal. Nak tak nak kenala buat gakkan hantaran tuh. Huhu... Kerja2 siapkan barang hantaran tu mmg bermula sehari sebelum majlis. Gam situ gam sini. Kerja2 menggubah lak stat tgh malam hingga ke pagi hari kejadian. Tu tak letak lagi fresh flower. Haish, sudahnya cocok2 je mana yg mampu. Tak larat nak pk lagi. Tapi alhamdulillah siap juga, walaupun rasa cam nak nanges! hehe... Yang syoknya coklat taj mahal tok hantaran tu pun siap dkt kol2pm. Haha, semua nak buat sendiri hambek ko.

Okey, ini senarai barang hantaran Emil untuk pihak lelaki:
1) Sirih junjung
2) Kek
3) Singkok+aksesori
4) Coklat taj mahal
5) Kain sampin
6) Kain baju nikah + butang naju melayu
7) sejadah
8) Buah-buahan
9) Lengkong Kacang

Tuesday 22 May 2012

Pre Engagement photoshoot

Yuhuu... Emil nak share gambar pre-engagement ckit. Emil ambil E'ein Rosali as photographer. Bagi sape2 yang nak bekerjasama dgn E'ein, silalah... Ok sangat ;)  



Monday 21 May 2012

Keegoaanmu yang mencalarkan hati...

Secara logik, ada tak manusia yang bertungkus lumus jayakan majlis tunang dia, tapi sebenarnya tak nak kahwin? Jaga mulut, jaga hati dan perasaan orang... plz...

Friday 18 May 2012

Engagement: MUA

MUA time tunang aritu kebetulan Emil jupe time shopping kt ikea. Pusing sana, pusing sini, asyik terserempak jek. Em, jodoh? Yela kot. Kalau takde jodoh takkan plak Emil panggil dia tok make up aritukan. Haha. Dia MUA kat johor. Masa jupe tu Emil juz tanya dia, free or tak time tarikh tunang Emil n minta kad. Agak lama jugak baru nak contact dia balik. Agak busy + tak tahu dah nak panggil sape, so contact jela dia. Kita org juz mesej je nak comfirm tok dapatkan perkhidmatan dia. Senangkan. Huhu...


Engagement: Shoes

Kasut tok tunang ni kebetulan je beli. Masa tu Emil gi Karnival Perkahwinan kat PWTC, awal bulan lepas. Nampak comel, terus rembat ;) Tapi tetap ada citer di sebaliknye...Hehe. Masa tu dah baru nak lintas jalan ke The Mall, tiba2 baru perasan yg beg beli kasut takde kat tangan. Ape??? Mula la bingung. Nak tak nak masuk balik PWTC. Ish napela jadi pelupa camni. Bayangkanlah punyalah banyak booth dah gi. Pastu petang plak sesak makin ramai orang datang. Dah kusut, sesak, nak kena pk plak gi booth2 tu ikut kronologi bagi mengesan kat mana kasut tu tertinggal. Pergi sana takde, gi sini takde, dah cemas+bengang+nak blah je dari situ. Tapi mungkin jodoh ngan kasut tu panjang, weeee.... terpergi booth yang Emil dok bedal nasi beriyani dia. Hehe. Alhamdulillah. Dapat bawa pulang kasut tuh, yeah! (Biase jek, lawa lagi kasut korangkan... )

Thursday 17 May 2012

Engagement: Attire


Nak citer tentang baju tunang... Hmm, kisah baju tunang ni agak menggelabah ckit. Sangatla last minit. Kebetulan time tu MC. So terbaringla kat katil dengan sedihnya. Disebabkan bosan Emil pun menjenguk la blog B2B. Time tu hujung bulan 2. Tibe2 jadi gelabah sebab baca orang lain tempah baju berbulan2 awal, tp Emil material pun belum ada sedangkan majlis awal bln 5. Haha. Dalam kelam kabut dan ketakutan itu, Emil pun emel la cik designer nih. Sape? Mesti ada yang perasan kan sape yang buat baju tu... Hehe, takpe nnt Emil citer panjang pasal designer yang best nih. Ok, nasib baiklah dia reply awal jugak. Maka berusahala kita orang menetapkan tarikh untuk bertemu buat kali pertamanya. Emil jupe dia 29 Feb kat butiknye dengan berlenggang tanpa material. Nasib baiklah dia sudi buat jugak. Yeah! Pastu siap bawa kain tok buat baju raya sekali, melampau kan. lari tajuk sangat. haha. Then sempatla fitting beberapa kali. Last 29hb April baru dapat bawa balik baju kurung moden tuh :) Alhamdulillah, sukanya buat dengan dia sebab tak payah nak pening2 kepala fikir. Dia sangat ok! Mmg tak plan pun nk buat dgn designer, tp disebabkan kesuntukan masa, kain tak cari lagi, design tak pk, nk hntr kt tailor mana pun tak tahu; adalah lebih baik kita serah pada yang pakar. So jangan tiru aksi kelam kabut Emil k. Semua mau last minit ;)




Tuesday 15 May 2012

Engagement: Fresh Flower

Hmmm, sangatlah bersungguh nak guna fresh flower untuk hantaran n deko. Sehari sebelum, Emil beria sungguh menempah kat kedai bunga tu. Esoknya datang, bunga tu jugak yang ada. Hmm nampak sgt tu je yang adakan... Pilihan hati? Oh tidaknye lah pilihan hati sangat, dah itu je yang ada so nak wat camnekan. Tapi oklah ikut la jugak plan asal ;) So ambillah rose, orkid, daisy, kekwa n satu lagi tu maaf tak tahu ape namanye ;) hehe. Buat Emil yang 1st time berangan nak gubah hantaran sendiri, + guna fresh flower pulak, memang sangat mendebarkan... hahaha. Balik2 umah jek teruslah masukkan bunga dalam baldi, pastu bagi bunga makan panadol... + letak gula. Belasah jelah. Sebelum sambung kisah menggubah hantaran with fresh flower tu, nak selit gak gambar bunga2 yg telah dibeli ;)



Friday 11 May 2012

Bernyawa akhirnya...

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni genap seminggu, Emil bertunang. n secara rasminya blog 'Bling-bling Wedding' ni bernyawa. Fuhhh, setelah agak lama merancang nak mengetuk story, akhirnya baru hari ni terlaksana. Maka, post2 selepas ni banyak yang terhasil dari imbasan perkara/kejadian yang telah berlaku, contohnya, 'Engagement Day' ku yang lepas. hehe... Sudah basi, okeh! Tapi bermanfaat tok jadi panduan sebagai persiapan menjelang perkahwinan nanti ;) Yang penting jadi peringatan kat diri sendiri yang sentiasa weng nak pk semua nie...  If ada sesiapa yg tak sengaja terbaca blog ni especially B2B, nk share or nak tolong menguraikan kekusutan yang sedia ada, Emil sangat alu-alukan. Suka sangat! Ngee...