Exchange Link

Hi... sudilah kiranya B2B or ex-B2B or sape2 jek bertukar2 link dengan Emil. walaupun blog nie biase-biase aje, malunyer... hehe. Boleh sama-sama berkongsi idea, cerita n sebagainya ;) Meleraikan kekusutan, selain dapat merapatkan ukhuwah. Salam perkenalan!

Wednesday 10 October 2012

Kanopi oh kanopi

Kejadian minggu ini. Tiba2 tuan punya kanopi 4 wedding Emil mesej. Actually dia call tapi tak perasan pula. So terus bermesej saja. Dia tanya: nak scallop kanopi color ape, tema wedding? Emil jawab: purple+soft grey. Dia jawab: oh warna merah jambu dah ada org booking. Emil jawab: Bukan merah jambu, tapi ungu. Dia jawab: warna tu x, tak cukup kain. warna biru nak, cantik tau, ramai orang suka. Emil jawab: Nanti tak sama pula dgn clor tema tak best. Kan sy dah lama booking kanopi. Dia paksa lagi: Ambillah warna biru. Awak ada FB nnt tunjuk color tu. Emil: Terus diam, sebab bengang + hp habis bateri. ........ Kisah ini bersambung keesokan harinya.... Emil tanya: warna purple n grey tu boleh adakan kan. lagipun majlis sebulan lagi, masih sempat buatkan. Dia jawab: Rumah awak dekat kpg ke tmn? Kita blh adakan mcm awak minta tp ada cas tambahan. Emil jawab: Kg. Kenapa, kalo kg tak blh request color? tak tahu pula sy. hehe. Berapa harga awak bg n cas tmbhan berapa? Dia jawab: hehe.harga kain je rm1500. satu meja tambah rm15. Emil diam lg. Sebab bengang jd customer yg ditindas! Setelah lama berdiam diri, di malam hari dia mesej lagi. Kalo warna pink+purple blh? Dia cepat2 nak bg mms soh Emil tengok. Huh! Takut hilang customer la tu, tu r berlagak lagi... Logik tak, dr smlm mcm2 alasan dia bg tentang 2 color tu, tibe2 color tu wujud dgn tibe2. turun dari langit ke warna pink&purple tu. Hi, orang Melayu, nak buat bisnes biarlah jujur, jgn nak ambil kesempatan je ok ;)

Berabok!!!

Hi! Wah, sangat berabokkk blog ni jadinyer, fuhhh... tiup2 sket. Hmm, tbe2 jd rindu nk berkunjung kt blog sendiri, teruk betulkan. Kenapa hilang, kenapa senyap, kenapa membisu? Hmm, banyak sebab musababnya... Alasan jekkan ;) Tp serius, antaranya; kena siapkan thesis, pastu viva, pastu dah nak konvo dah, ngee... alhamdulillah. Di samping itu, alasan biasa, banyak kerja kat ofis, huhu... eleh! selain tu plak, Emil terlupa ada blog ni. haha, boleh?

Hoho, sbnrnya lagi sebulan je majlis Emil. dan dengan jujurnya banyak lagi benda belum settle. Aduhai, please sape nak tolong silalah, silalah angkat tangan. Disebabkan terleka dgn kerja, dibuai2 dgn angan2 yang tak sudah, dan yang lagi syok bile tiap2 ari rasa tension memanjang, sampai lupa banyak perkara blm siap. Ya Allah, nak kawen ke tidak???? Baru je kelmarin balik dr Johor, baru jek dapat result HIV test tu. Punyala azab nak menunggu, lama betul rasa. Tu pun pas jengok sendiri kat klinik kesihatan tu, kalo tak sampai tahun depan pun tak dapat. Ikutkan balik jhr kali ni, nak buat pre wedding, tp terus tukar plan. Nak settlekan penghantaran borang nikah la pulak. Bila si dia dah settle hantar borang n interview, tibalah giliran Emil pulakan.  Tapi bila dah ready nak bersiap tok hantar borang, baru perasan salinan ic pasangan tiada... hehehe, seronoknya rasa. Dgn perasaan separuh tertekan tu, mulala pk bila semua ni nak settle. haha, letih! Kenala tunggu lain hari pulakan.





Sunday 17 June 2012

Saya Nak Baju T shirt Bride Groom Tu


Entah kenapa malam ni rasa hati tu teringin sangat nak join contest. Bukan apa bila jengok b2b punya blogkan, cam syiok je diaorg menang mcm2 =) mulalah semangat tibe2 kan nak join jugak. Haa,  dengan tak semena2 terjengok blog Cik As nie... http://asfizashary.blogspot.com/2012/06/contest-saya-nak-t-shirt-bride-groom-tu.html As buat contest untuk b2b/x-b2b. Siapa yang bernasib baik yang tergolong dalam 50 orang pertama, Insya Allah layak dapat sepasang t-shirt bride & groom yang chomelllll tu... Eiii, nak sangat! So cepat2 la join k ;) Tarikh tutup: 1 july ni. As, Emil nak sangat ok, hehe...

Friday 15 June 2012

Karnival Raja Sehari 2012


Persoalannya: Nak pergi ke tidak ek? Eiii... kenapalah tak buat hujung bulan ke? Hehe... Buat kat Kluang pulak tue. Ish, ish... dari KL pun takla jauh mana nak balik Kluang, tapi sekarang ni pun tak gerak2 lagi, bilanya nak sampaikan... hehe. Buat b2b kat Kluang, apa lagi gi serbu yek ;) 

Saturday 2 June 2012

EH! Diari Kahwin

Hi u olls... Dah dapatkan ke Majalah EH! bulan Jun? Khas buat bakal2 pengantin, anda akan mendapat Diari Kahwin dengan setiap pembelian EH! bulan nie... edisi Pengantin gitu... dari A-Z semua tersedia untuk anda. Bolehla jadi panduan untuk bakal pengantin yang pening2 lalat nak urus n fikir macam2kan, seperti Emil, huhu...  Tapi bila baca Senarai Semak 'Menjelang Hari Bersejarahmu' tu, rasa-rasanya bertambah2 seram pulak, mendebarkan sangat sebab macam kena rempit nak settlekan pelbagai benda. Fuhhh! Cakap banyak pun tak guna, so sila dapatkan segera ya (walaupun Emil tak dapat any diskaun ataupun dapat EH! percuma seumur hidup) hehe, tapi yang penting kita dapat informasi berguna daripada majalah nombor 1 di hatiku ini ;)


Thursday 31 May 2012

Door Gift

Door Gift... Serius tak tahu nak bagi ape untuk wedding nnt. Tolonglah idea, datanglah ;(

Tuesday 29 May 2012

My Engagement Day


Sabtu, 15 Mei - Telah berlangsung majlis pertunangan antara Emil dan Iz ;)  Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Cuma kelam kabut tu jangan cerita la... hehe. Majlis bermula jam 3pm. Tapi before tu dah ramai juga yang datang, family+jiran2 terdekat. Serius, kepala mmg dh blur tak tahu nak pk mana satu sebab yang pasti kepala dah kosong. hehe teruknya ;( Tmbh plak jd anak sulung. Ish, mmg peningla. Baru tunang, blm kahwin lg. So kahwin nnt mesti lantik PA awal2, assistant ramai2. Lega blh goyang kaki, goyang kepala. Cit, jangan mimpi ler. huhu...


MUA:
Pada hari kejadian, MUA call kate jam 12pm dia sampai umah. Masa tu Emil tgh kelam kabut menyiapkan hantaran. Nampak tak sangat last minit ;) hehe. Sepantas kilat mandi, siap2. Kuar je bilik, tahu2 MUA dah muncul depan mata. Aduhai... Macam lumba lari lak penat giler rasa. Pastu dia soh tukar baju tunang terus. Hmm, yang tak syoknye dia make up cam sangatlah kejar waktu. Asyik ada orang call + mesej. Aduhai. Tu semua sebab banyak job kat tempat lain pada hari yang sama. Ohoho, tula yang sedey sket. Maka wujudlah kes tak syok pertama. Urm, tak bestla bila terkejar sana terkejar sini kan... Pastu mata Emil ni agak sensitif. So bila ditonyoh2 mata ni, maka akan mengalirla air mata dengan derasnya. So mata pun comfirmla jadi merahkan... Erm, seronok tak? Mestila tak berapa nak seronok sebab air mata mengalir jek. Jadi rimaskan. Itu kes tak syok ke-2. Yang jadi kes tak syok ke-3 pula, make up time tu agak tebal, padahal dah gitahu dah nak simple n natural  je. Ahaa, tp takpe Emil terima je sebab dia make up ok. Kes tak syok ke-4 ni plak merujuk kepada kes ke-2 td. Bila mata dah berair, maka jgn haraplah dia nak ok dalam sekelip mata. Memang takla. Eyeliner ditonyoh banyak kali di mata bermasalah mmg tak jadi apa. bulu mata palsu tu pun payah nak melekat. Kes tak syok ke-5. Kena pakai veil+aksesori kat tepi kepala tuh. hehe. Memang tak masuk dgn baju. Dah bagitahu tak nak pakai, tp tetap juga dipakaikan. Rasa cam nak nangis kuat2. Lalalala... Kesudahnya, Emil buka semula n pakai tudung bawal je. Mahu simple okeh!

BAJU:
Merujuk kepada post lepas ttg baju tunang. Kan dah tunjukkan baju tu ckt2. hehe... Ok, baju tu button mybutton yang buat. Semua Emil serahkan kat Sha ;) Simple je kan tp suka sangat. Baju tu color purple+grey. Bagi B2B yang dah kusut nak tempah baju kat mana, Buttonmybutton adalah salah satu tempat yang wajar untuk dihubungi... *wink*

Okeh, bab baju mmg takde masalah, kecuali masalah tudung bawal yang hilang. Tak masuk akal betulkan. Settle make up, cari tudung nak pakai boleh tak jumpa. Sedey gilerrr... Can nak nanges! Cittt. Lepas sehari majlis berlangsung, baju jumpa tudung tu. Hmm, nak wat camne ramai sangat tukang kemas. Hehe. Nasibla ada 2,3 jenis tudung yg kale lebih kurang. Tapi family kata tudung yang dipakai time majlis tu lagi sesuai daripada tudung bawal yang hilang itew, ye ke? hehe, nasib la.


HANTARAN:
Pergh, mmgla slumber. Last minit shopping barang2 hantaran sehari sebelum majlis. Memang edisi rempit shopping. Start nak buat hantaran tu plak mmgla stress. Dah la tak tidur, jadi tahap kebluran tu mmg tak dapat nak dibendung. Tp berkat kerjasama my BFF, Maz n mak usu, semuanya masih boleh dikawal. Nak tak nak kenala buat gakkan hantaran tuh. Huhu... Kerja2 siapkan barang hantaran tu mmg bermula sehari sebelum majlis. Gam situ gam sini. Kerja2 menggubah lak stat tgh malam hingga ke pagi hari kejadian. Tu tak letak lagi fresh flower. Haish, sudahnya cocok2 je mana yg mampu. Tak larat nak pk lagi. Tapi alhamdulillah siap juga, walaupun rasa cam nak nanges! hehe... Yang syoknya coklat taj mahal tok hantaran tu pun siap dkt kol2pm. Haha, semua nak buat sendiri hambek ko.

Okey, ini senarai barang hantaran Emil untuk pihak lelaki:
1) Sirih junjung
2) Kek
3) Singkok+aksesori
4) Coklat taj mahal
5) Kain sampin
6) Kain baju nikah + butang naju melayu
7) sejadah
8) Buah-buahan
9) Lengkong Kacang